Tuesday, 27 October 2015

Gadget aku


Assalamualaikum semua...

Cakap pasal gadget ni, aku rasa semua orang tahu, mungkin sebab sekarang ni negara dah maju, jadi dunia ni penuh dengan barang elektronik yang bermacam-macam jenis. Contohnya laptop, kamera digital, handset, mp3 or mp4, ps1-ps3, psp, ipod dan macam-macam lagi. Aku ni salah seorang yang minat sangat dangan gadget, tak tahu lah kenapa aku boleh jadi macam ni. Antara gadget yang mula-mula sekali aku ada ialah:

Sony ericson w960 walkman


Ini adalah handset dan gadget pertama aku. Aku beli handset masa aku tingkatan 3. Masa aku beli handset ni harga dia dalam  rm300 lebih. Masa tu handset dan gadget-gadget memang mahal. Apa-apa pon hadset ni agak best sebab masa tingkatan tiga aku minat dengar lagu,,,haha. Tapi handset ni aku dah tak guna lagi dan telah pon selamat dijual.

Handset kedua aku guna ialah nokia 6300.

Lepas beberapa tahun aku guna handset sony aku dah boring aku pon jual dan belilah handset baru. Handset ni aku beli yang terpakai ja sebab murah sikit aku beli dari kawan aku yang nak jual sebab dia dh ada handset yang baru. Aku beli ni kalau tak salah aku lar,, masa aku tingkatan 4 tau 5 macam tu lar,,aku pon dah tak ingat sebab lama sangat. Aku pakai handset ni tak lama cuma dalam setahun sebab tak best sangat pastu aku jual beli yang baru.
Dan handset ketiga pernah aku guna ialah nokia asha 306.


Aku beli handset masa aku tingkatan 6 dengan harga rm450. Aku beli handset ni untuk aku main game saja tapi lepas 2 tahun guna aku bagi handset ni dekat adik aku dan beli hanset baru sebab tak berapa best sabgat main game dalam hanset ni.

Gadget kedua yang pernah aku ada ialah ps2.


Ps2 adalah gadget gaming yang paling aku suka. Dulu dan sekarang aku memang suka sangat main game. Aku beli ps2 ni dari kawan aku dia nak duit jadi dia jual murah dekat aku hanya dengan harga rm250 pada masa tu. Aku beli ni masa aku, dalam tingkatan 4 atau 5 kot, dan tak  ingat. Tapi masa aku ada gadget ni aku asyik mengadap dia saja 24jam dari sampai tak tidur. Aku kalau dah mengadap benda ni, buat kerja apa pon dah tak ingat sampai nak belajar pun jadi malas, tapi dapat jugak keputusan elok dan dapat sambung ijazah kaat uum. Apa-apa pun, gadget ni memang best dan tak pernah boring bagi aku, tapi sekarang ps2 ni aku dah jual dekat orang lain sebab dah tak ada masa aku nak main sejak duduk di uum ni dan aku ada laptop pulak untuk main game.

Dan gadget yang aku guna sekarang ialah laptop acer aspire e1-471 dan handset asus zenfone 4.5 dan juga handset nokia 1280.

Laptop adalah gadget yang termahal yang pernah aku ada, ni aku beli masa aku mula-mula nak masuk uum ayah aku keluarkan duit belikan untuk aku. Gadget ni aku dapat pada hujung tahun 2012, laptop ni bagi aku memang best antara sebab-sebabnya ialah ade grafikcard, windows7 original, 4gb ram dan 500gb hardisk. Laptop aku ni boleh dikategorikan sebagai laptop gaming,, haha. Banyak game yang aku main guna laptop ni macam dota dan game2 online.



Dan sekarang ni aku guna dua biji handset supaya senang untuk aku nak main game dalam handset asus sampai kadang-kadang mampus henset aku tu dan handset nokia tu aku guna untuk buat contact orang. 



  




Aku di UUM


Assalamualaikum . . .

Baiklah, kali aku nak cerita pulak pasal UUM dan pengalaman aku sejak aku kat sini. Lepas saja aku tamat stpm aku dapat tawaran untuk sambung ijazah di uum pada tahun 2012. Aku pun tak tau macam mana aku boleh dapat kat sini mungkin sebab aku mintak kot. Dahlah dekat dengan rumah, perjalanan dari rumah cuma ambil masa dalam 1 jam setengah sahaja. Semua kawan-kawan aku terpaksa keluar dari kedah untuk sambung ijazah. Dekat uum aku sambung ijazah dalm bidang pengurusan operasi, dan aku tak tau pon apa tu pengurusan operasi, sekarang dah sampai tahun akhir kat sini baru lah aku faham sikit pasal bidang pengurusan operasi ni. Tempoh pengajian aku kat sini selama 4 tahun, aku befikir banyak jugak sebelum nak terima masuk ke tak, sebabnya aku dah malas nak sambung belajar dah masa tu dan aku pon malas lagi nak  kerja jadi mak dengan ayah aku suruh jugak sambung, aku pun memulakanlah pertapaan aku di uum sintok ni.


Hari pertama di UUM, menjejakkan kaki di bumi sintok, apa yang aku nampak adalah keindahan kehijauan bukit yang diselaputi oleh tumbuhan di sekeliling uum yang . Apa yang dapat aku katakan ialah, “UUM is so beautiful”. UUM merupakan university yang mengekalkan keindahan alam semulajadi. Sememangnya, tinggal di UUM seperti berada di dalam hutan dengan hutan sintok, binatang-binatang terutama sekali ‘monyet’ merupakan sebahagian daripada kehidupan penghuni UUM.



Namun, UUM walaupun berada di ceruk hutan, tetapi dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang mungkin pembaca tidak pernah temui di university lain. Apabila pelajar ingin bersukan, UUM  menyediakan kemudahan pusat sukan di mana terdapat banyak kemudahan termasuklah kolam renang, basikal, gim dan banyak lagi. UUM juga mempunyai pusat GO-KART dan kuda sangat rugi kalau tidak mencuba. Tetapi, saya sendiri belum mencuba, insyaallah akan datang. UUM juga menyediakan Mall, jika pelajar ingin berbelanja Varsity Mall pilihan utama. Menariknya UUM, walaupun berada jauh di ceruk kedah, namun kemudahan untuk pelajar sangat banyak.




Pada minggu pertama aku sampai di uum, iaitu pada september 2012 sebelum dapat kenal dengan sapa aku hanya duduk seorang sambil berkenalan dengan pelajar baru yang lain untuk mendapatkan kawan. Sebabnya hanya aku seorang saja yang memasuki uum dan kawan kawan aku yang lain ditawarkan ke universiti lain dengan bidang pilihan mereka. Setelah sudah mendafter di dpp yayasan al-bukhary dan mendapat kunci bilik aku masuk ke bilik dan berkenalan dengan roomate aku yang tidak bercakap banyak sama seperti aku, maka kami pon tidak bercakap baynak antara satu sama lain. Minggu suai kenal yang diadakan selama seminngu di uum amatlah meletihkan dan menyakitkan kaki kerana terpaksa berjalan. Selepas selesai minggu suai kenal bermulalah waktu untuk belajar. Memang lumrah ditempat baru yang serba besar aku tersesat mencari dewan kuliah.

Pada semester pertama dan kedua aku ditempatkan di dpp yayasan al-bukhary, kemudiannya aku dipindahkan ke dpp tm kerana kurangnya pengelibatan didalam aktiviti yang dijalan di dpp yaysan al-bukhary.
  





Tetapi tidak lama aku di dpp tm, hanya satu semester aku dipindahkan lagi ke dpp sme bank yang terletak di bukit kachi yang berda diluar kampus uum. Bukan itu sahaja, aku juga terkejut dengan keputusan yang tidak berapa baik kerana aku telah gagal dua matapeajaran yang aku ambil semasa semester ketiga. Dengan azam yang baru aku berusaha untuk memperbaiki keputusan aku di semester seterusnya dan hingga sekarang aku di semester 7 pmk aku telah meningkat. Dan aku berharap aku dapat menamatkan pengajaian aku dengan keputusan yang cemerlang.

Daun pokok,,apa gunanya???


Assalamualaikum, dan salam sejahtera..

Kali ni aku nak cerita pulak pasal kegunaan daun yang kita selalu nampak kat tepi jalan atau depan rumah aku nak cerita pasal kegunaan daun pokok pisang dan daun pokok kelapa. Ada banyak gunanya daun-daun ni aku pun baru sedar. Ok pertama aku mula dengan pokok pisang, pisang adalah jenis tanaman yang ke 4 penting dalam aktiviti tanaman kontan selepas padi, gandum dan jagung. Pisang adalah diantara buah yang popular sebab senang ditemui dan murah pula harganya. Tambahan pula rasanya memang enak, tapi ramai yang tidak tahu mengenai latar belakang tumbuhan jenis ini yang tergolong dalam keluarga musaceae ini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.






Pisang dipercayai berasal dari asia tenggara. Ianya dikenali di negara-negara tropika seantero dunia akibat dari perkembangan aktiviti perdagangan. Pisang mula diperkenalkan oleh saudagar-saudagar arab di afrika timur. Pada tahun 1402, ianya telah dibawa ke kepulauan canary oleh orang-orang portugis. Manakala bangsa sepanyol memperkenalkan pisang ke mexico sekitar tahun 1531 dan ke benua eropah barat serta amerika utara pada tahun 1866. Daun pisang mengandungi unsur polyphenols termasuk unsur polyphenol oksidase yang sama dengan fungsi sebagai daun teh dan mampu mengelakkan serangan penyakit parkinson.



Sejak dulu lagi, pisang digunakan oleh nenek moyang kita dalam kehidupan seharian mereka. Kegunaan pisang adalah pelbagai, ia meliputi akarnya, batangnya, daunnya, buahnya mahupun jantung pisang. Pada hari ini, kegunaan pisang adalah lebih meluas lagi . Ia bukan setakat sumber makanan, malah diusahakan dengan menggunakan teknologi moden sehingga mampu mendatangkan pulangan yang lumayan. Masyarakat malaysia khususnya masyarakat melayu hanya mengenali daun pisang yang berbentuk lebar itu sebagai pelapik dan pembungkus makanan. Hidangan yang berbungkus daun pisang menerbitkan bau harum serta menbangkitkan selera. Nasi lemak,pulut inti, pulut panggang, kuih koci, kuih lapis, lemang, lontong, lepat, nagasari, puteri dua sebilik, abuk-abuk sagu, tepung peklita, tapai, dan berbagai lagi kuih tradisional menggunakan daun pisang sebagai pembungkusnya.daun pisang juga mempunyai keistimewaan yang tersendiri kerana ianya dapat mengantikan minyak masak semasa memanggang ikan agar ikan tidak melekat.

Dan bagi daun yang kedua ialah daun pokok kelapa, pokok kelapa atau dikenali sebagai pokok nyiur merupakan sejenis tumbuhan yang hidup subur di sekeliling kita. Pokok kelapa mempunyai banyak kegunaan kepada kita. Hampir setiap bahagian tumbuhan ini boleh digunakan. Oleh itu, pokok kelapa juga digelar pokok seribu guna. Kelapa adalah anggota dari keluarga arecaceae yang merupakan spesies dalam genus cocos. Ini adalah salah satu jenis pohon dimana hampir dalam tiap bahagiannya memiliki  manfaat, termasuk buah, kayu, akar, dan daunnya. Di banyak tempat, seperti di india selatan, pohon kelapa banyak ditanam tikdak kira di kawasan  perumahan, mahupun di kebun. Bahagian daun kelapa adalah komponen yang penting bagi pokok kelapa. Pokok kelapa yang matang mempunyai 30 - 40 pelepah daun. Panjang pelepah boleh mencapai 5 meter dan ia mempunyai dua baris daun kecil (bipinate) berukuran 1 - 1.5 meter panjang. Setiap pelepah dianggarkan sebanyak 200 helai daun kecil. Bagi pokok yang subur, pelepah baru terbit setiap 3 - 4 minggu sekali.


Daun kelapa merupakan bahagian berguna daripada pohon kelapa. Daun kelapa boleh digunakan sebagai untuk dijadikan ketupat di sesetengah di malaysia. Ketupat menggunakan daun kelapa muda yang masih belum terbuka dan dianyam untuk dijadikan ketupat bawang, ketupat sate, ketupat sintok atau ketupat jantung. Walau pun telah ujud nasi himpit yang yang diperbuat menggunakan plastik seperti ketupat nona, ketupat adabi dan ketupat lain-lain. Daun kelapa tua juga sesuai dibuat penyapu lidi dari daun kelapa. Setiap helai daun kelapa dibuang daunnya dengan menggunakan pisau tajam dan tinggalkan lidinya sahaja dan diikat sekitar 20 -30 batang lidi. 




Serba sedikit tentang aku




Assalamualaikum dan salam sejahtera, disini aku nak menceritakan serba sedikit tentang diri aku. Nama aku Mohamad Arif bin Azmi berumur 23 tahun pada tahun. Aku merupakan anak sulong daripada 3 beradik. Aku berasal dari kampung belat yang terletak didalam daerah pendang di negeri kedah. Pendang meliputi kawasan sawah yang luas dan mempunyai penduduk yang berbilang bangsa dan agama. Penduduk di daerah ini terdiri daripada melayu, siam, cina dan india. Nama pendang berasal daripada perkataan "pendiat" yang bermaksud parit atau lubang yang dibina khas untuk menangkap gajah dan menjinakkan gajah. Gajah-gajah yang telah dijinakkan dimandikan di telaga sejarah yang terdapat berhampiran balai polis daerah pendang. Menurut sejarah, telaga ini adalah telaga asal dan tidak pernah kering walaupun di musim kemarau panjang. Pada zaman tersebut, pendang adalah tempat pembiakan gajah yang terbesar dan terkenal di negeri kedah selain dari mukim naga di daerah kubang pasu. Gajah menjadi kenderaan utama pada masa itu terutama sebagai kenderaan darat untuk menghantar ‘ufti’ ( bunga emas ) ke negeri siam.





Aku mula mendapat pendidikan awal di sekolah rendah pokok asam yang kira-kira  dalam 1 kilometer dari rumah aku. Selepas menamatkan upsr aku menyambung pelajaran di peringkat menengah di sekolah kebangsaan kubur panjang. Setelah tamat spm aku sambung disekolah yang sama di tingkatan enam dan menduduki peperiksaan stpm. Disini aku nak cerita sikit pasal nama pekan kubur panjang ni, dimana setiap hari aku berulang-alik pergi dan balik dari sekolah. Kubur panjang  mengambil nama sempena sebuah kubur yang begitu panjang ukurannya jika dibandingkan dengan panjang kubur kebiasaannya. Menurut cerita orang-orang lama di sini, pada zaman dahulu terdapat dua saudara kembar yang begitu disegani dek kejaguhan mereka di dalam sukan sabung ayam. Kedua-duanya mempunyai ayam sabung masing-masing yang terkenal gagah di dalam penyabungan. Diringkaskan cerita, setelah tiada lagi ayam sabungan penduduk yang mampu menewaskan ayam mereka, maka timbullah pertarungan akhir yang menemukan ayam sabungan mereka berdua. Setelah kedua-dua ayam tersebut bertarung dengan hebatnya, ayam sabungan si adik telah menewaskan ayam sabungan si abang. Hiruk pikuk serta sorakan kemenangan telah bertukar menjadi ejekan menyebabkan si abang hilang pertimbangan lantaran terlalu marah dan menikam si adik. Si adik pulak dikatakan sempat membalas tikaman tersebut kepada abangnya. Kedua-dua mereka akhirnya mati lalu dikebumikan pada dua lokasi yang berbeza. Salah satu dari kubur mereka itu telah bertambah ukuran panjangnya hari demi hari, lalu menimbulkan misteri dikalangan penduduk. Kampung mereka akhirnya dinamakan sempena kubur tersebut yang semakin hari semakin bertambah ukurannya. Maka hari ini, wujudlah sebuah pekan kecil yang dinamakan kubur panjang.


Selepas mendapat keputusan stpm aku mendapat tawaran bagi menyambung pelajaran aku di ijazah di universiti utara malaysia (uum) dalam ijazah sarjana muda pengurusan operasi pada tahun 2012. Dan sekarang berada di tahun akhir dan akan menamatkan pengajian aku pada tahun 2016. Bagi aku ia bukanlah berapa banyak kita ada, tetapi berapa banyak yang kita nikmati, itulah yang memberi kebahagiaan. Jadi duduk dan menikmati, buat apa yang anda mahu selagi anda tidak menyimpang dari jalan yang benar.