Tuesday, 27 October 2015

Daun pokok,,apa gunanya???


Assalamualaikum, dan salam sejahtera..

Kali ni aku nak cerita pulak pasal kegunaan daun yang kita selalu nampak kat tepi jalan atau depan rumah aku nak cerita pasal kegunaan daun pokok pisang dan daun pokok kelapa. Ada banyak gunanya daun-daun ni aku pun baru sedar. Ok pertama aku mula dengan pokok pisang, pisang adalah jenis tanaman yang ke 4 penting dalam aktiviti tanaman kontan selepas padi, gandum dan jagung. Pisang adalah diantara buah yang popular sebab senang ditemui dan murah pula harganya. Tambahan pula rasanya memang enak, tapi ramai yang tidak tahu mengenai latar belakang tumbuhan jenis ini yang tergolong dalam keluarga musaceae ini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.






Pisang dipercayai berasal dari asia tenggara. Ianya dikenali di negara-negara tropika seantero dunia akibat dari perkembangan aktiviti perdagangan. Pisang mula diperkenalkan oleh saudagar-saudagar arab di afrika timur. Pada tahun 1402, ianya telah dibawa ke kepulauan canary oleh orang-orang portugis. Manakala bangsa sepanyol memperkenalkan pisang ke mexico sekitar tahun 1531 dan ke benua eropah barat serta amerika utara pada tahun 1866. Daun pisang mengandungi unsur polyphenols termasuk unsur polyphenol oksidase yang sama dengan fungsi sebagai daun teh dan mampu mengelakkan serangan penyakit parkinson.



Sejak dulu lagi, pisang digunakan oleh nenek moyang kita dalam kehidupan seharian mereka. Kegunaan pisang adalah pelbagai, ia meliputi akarnya, batangnya, daunnya, buahnya mahupun jantung pisang. Pada hari ini, kegunaan pisang adalah lebih meluas lagi . Ia bukan setakat sumber makanan, malah diusahakan dengan menggunakan teknologi moden sehingga mampu mendatangkan pulangan yang lumayan. Masyarakat malaysia khususnya masyarakat melayu hanya mengenali daun pisang yang berbentuk lebar itu sebagai pelapik dan pembungkus makanan. Hidangan yang berbungkus daun pisang menerbitkan bau harum serta menbangkitkan selera. Nasi lemak,pulut inti, pulut panggang, kuih koci, kuih lapis, lemang, lontong, lepat, nagasari, puteri dua sebilik, abuk-abuk sagu, tepung peklita, tapai, dan berbagai lagi kuih tradisional menggunakan daun pisang sebagai pembungkusnya.daun pisang juga mempunyai keistimewaan yang tersendiri kerana ianya dapat mengantikan minyak masak semasa memanggang ikan agar ikan tidak melekat.

Dan bagi daun yang kedua ialah daun pokok kelapa, pokok kelapa atau dikenali sebagai pokok nyiur merupakan sejenis tumbuhan yang hidup subur di sekeliling kita. Pokok kelapa mempunyai banyak kegunaan kepada kita. Hampir setiap bahagian tumbuhan ini boleh digunakan. Oleh itu, pokok kelapa juga digelar pokok seribu guna. Kelapa adalah anggota dari keluarga arecaceae yang merupakan spesies dalam genus cocos. Ini adalah salah satu jenis pohon dimana hampir dalam tiap bahagiannya memiliki  manfaat, termasuk buah, kayu, akar, dan daunnya. Di banyak tempat, seperti di india selatan, pohon kelapa banyak ditanam tikdak kira di kawasan  perumahan, mahupun di kebun. Bahagian daun kelapa adalah komponen yang penting bagi pokok kelapa. Pokok kelapa yang matang mempunyai 30 - 40 pelepah daun. Panjang pelepah boleh mencapai 5 meter dan ia mempunyai dua baris daun kecil (bipinate) berukuran 1 - 1.5 meter panjang. Setiap pelepah dianggarkan sebanyak 200 helai daun kecil. Bagi pokok yang subur, pelepah baru terbit setiap 3 - 4 minggu sekali.


Daun kelapa merupakan bahagian berguna daripada pohon kelapa. Daun kelapa boleh digunakan sebagai untuk dijadikan ketupat di sesetengah di malaysia. Ketupat menggunakan daun kelapa muda yang masih belum terbuka dan dianyam untuk dijadikan ketupat bawang, ketupat sate, ketupat sintok atau ketupat jantung. Walau pun telah ujud nasi himpit yang yang diperbuat menggunakan plastik seperti ketupat nona, ketupat adabi dan ketupat lain-lain. Daun kelapa tua juga sesuai dibuat penyapu lidi dari daun kelapa. Setiap helai daun kelapa dibuang daunnya dengan menggunakan pisau tajam dan tinggalkan lidinya sahaja dan diikat sekitar 20 -30 batang lidi. 




No comments:

Post a Comment