Tuesday, 27 October 2015

Aku di UUM


Assalamualaikum . . .

Baiklah, kali aku nak cerita pulak pasal UUM dan pengalaman aku sejak aku kat sini. Lepas saja aku tamat stpm aku dapat tawaran untuk sambung ijazah di uum pada tahun 2012. Aku pun tak tau macam mana aku boleh dapat kat sini mungkin sebab aku mintak kot. Dahlah dekat dengan rumah, perjalanan dari rumah cuma ambil masa dalam 1 jam setengah sahaja. Semua kawan-kawan aku terpaksa keluar dari kedah untuk sambung ijazah. Dekat uum aku sambung ijazah dalm bidang pengurusan operasi, dan aku tak tau pon apa tu pengurusan operasi, sekarang dah sampai tahun akhir kat sini baru lah aku faham sikit pasal bidang pengurusan operasi ni. Tempoh pengajian aku kat sini selama 4 tahun, aku befikir banyak jugak sebelum nak terima masuk ke tak, sebabnya aku dah malas nak sambung belajar dah masa tu dan aku pon malas lagi nak  kerja jadi mak dengan ayah aku suruh jugak sambung, aku pun memulakanlah pertapaan aku di uum sintok ni.


Hari pertama di UUM, menjejakkan kaki di bumi sintok, apa yang aku nampak adalah keindahan kehijauan bukit yang diselaputi oleh tumbuhan di sekeliling uum yang . Apa yang dapat aku katakan ialah, “UUM is so beautiful”. UUM merupakan university yang mengekalkan keindahan alam semulajadi. Sememangnya, tinggal di UUM seperti berada di dalam hutan dengan hutan sintok, binatang-binatang terutama sekali ‘monyet’ merupakan sebahagian daripada kehidupan penghuni UUM.



Namun, UUM walaupun berada di ceruk hutan, tetapi dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang mungkin pembaca tidak pernah temui di university lain. Apabila pelajar ingin bersukan, UUM  menyediakan kemudahan pusat sukan di mana terdapat banyak kemudahan termasuklah kolam renang, basikal, gim dan banyak lagi. UUM juga mempunyai pusat GO-KART dan kuda sangat rugi kalau tidak mencuba. Tetapi, saya sendiri belum mencuba, insyaallah akan datang. UUM juga menyediakan Mall, jika pelajar ingin berbelanja Varsity Mall pilihan utama. Menariknya UUM, walaupun berada jauh di ceruk kedah, namun kemudahan untuk pelajar sangat banyak.




Pada minggu pertama aku sampai di uum, iaitu pada september 2012 sebelum dapat kenal dengan sapa aku hanya duduk seorang sambil berkenalan dengan pelajar baru yang lain untuk mendapatkan kawan. Sebabnya hanya aku seorang saja yang memasuki uum dan kawan kawan aku yang lain ditawarkan ke universiti lain dengan bidang pilihan mereka. Setelah sudah mendafter di dpp yayasan al-bukhary dan mendapat kunci bilik aku masuk ke bilik dan berkenalan dengan roomate aku yang tidak bercakap banyak sama seperti aku, maka kami pon tidak bercakap baynak antara satu sama lain. Minggu suai kenal yang diadakan selama seminngu di uum amatlah meletihkan dan menyakitkan kaki kerana terpaksa berjalan. Selepas selesai minggu suai kenal bermulalah waktu untuk belajar. Memang lumrah ditempat baru yang serba besar aku tersesat mencari dewan kuliah.

Pada semester pertama dan kedua aku ditempatkan di dpp yayasan al-bukhary, kemudiannya aku dipindahkan ke dpp tm kerana kurangnya pengelibatan didalam aktiviti yang dijalan di dpp yaysan al-bukhary.
  





Tetapi tidak lama aku di dpp tm, hanya satu semester aku dipindahkan lagi ke dpp sme bank yang terletak di bukit kachi yang berda diluar kampus uum. Bukan itu sahaja, aku juga terkejut dengan keputusan yang tidak berapa baik kerana aku telah gagal dua matapeajaran yang aku ambil semasa semester ketiga. Dengan azam yang baru aku berusaha untuk memperbaiki keputusan aku di semester seterusnya dan hingga sekarang aku di semester 7 pmk aku telah meningkat. Dan aku berharap aku dapat menamatkan pengajaian aku dengan keputusan yang cemerlang.

No comments:

Post a Comment