Assalamualaikum dan salam sejahtera, disini aku nak
menceritakan serba sedikit tentang diri aku. Nama aku Mohamad Arif bin Azmi
berumur 23 tahun pada tahun. Aku merupakan anak sulong daripada 3 beradik. Aku
berasal dari kampung belat yang terletak didalam daerah pendang di negeri
kedah. Pendang meliputi kawasan sawah yang luas dan mempunyai penduduk yang
berbilang bangsa dan agama. Penduduk di daerah ini terdiri daripada melayu,
siam, cina dan india. Nama pendang berasal daripada perkataan
"pendiat" yang bermaksud parit atau lubang yang dibina khas untuk
menangkap gajah dan menjinakkan gajah. Gajah-gajah yang telah dijinakkan
dimandikan di telaga sejarah yang terdapat berhampiran balai polis daerah
pendang. Menurut sejarah, telaga ini adalah telaga asal dan tidak pernah kering
walaupun di musim kemarau panjang. Pada zaman tersebut, pendang adalah tempat
pembiakan gajah yang terbesar dan terkenal di negeri kedah selain dari mukim
naga di daerah kubang pasu. Gajah menjadi kenderaan utama pada masa itu
terutama sebagai kenderaan darat untuk menghantar ‘ufti’ ( bunga emas ) ke
negeri siam.
Aku mula mendapat pendidikan awal di sekolah rendah pokok
asam yang kira-kira dalam 1 kilometer
dari rumah aku. Selepas menamatkan upsr aku menyambung pelajaran di peringkat
menengah di sekolah kebangsaan kubur panjang. Setelah tamat spm aku sambung
disekolah yang sama di tingkatan enam dan menduduki peperiksaan stpm. Disini aku
nak cerita sikit pasal nama pekan kubur panjang ni, dimana setiap hari aku
berulang-alik pergi dan balik dari sekolah. Kubur panjang mengambil nama sempena sebuah kubur yang
begitu panjang ukurannya jika dibandingkan dengan panjang kubur kebiasaannya.
Menurut cerita orang-orang lama di sini, pada zaman dahulu terdapat dua saudara
kembar yang begitu disegani dek kejaguhan mereka di dalam sukan sabung ayam.
Kedua-duanya mempunyai ayam sabung masing-masing yang terkenal gagah di dalam
penyabungan. Diringkaskan cerita, setelah tiada lagi ayam sabungan penduduk
yang mampu menewaskan ayam mereka, maka timbullah pertarungan akhir yang
menemukan ayam sabungan mereka berdua. Setelah kedua-dua ayam tersebut
bertarung dengan hebatnya, ayam sabungan si adik telah menewaskan ayam sabungan
si abang. Hiruk pikuk serta sorakan kemenangan telah bertukar menjadi ejekan
menyebabkan si abang hilang pertimbangan lantaran terlalu marah dan menikam si
adik. Si adik pulak dikatakan sempat membalas tikaman tersebut kepada abangnya.
Kedua-dua mereka akhirnya mati lalu dikebumikan pada dua lokasi yang berbeza.
Salah satu dari kubur mereka itu telah bertambah ukuran panjangnya hari demi
hari, lalu menimbulkan misteri dikalangan penduduk. Kampung mereka akhirnya
dinamakan sempena kubur tersebut yang semakin hari semakin bertambah ukurannya.
Maka hari ini, wujudlah sebuah pekan kecil yang dinamakan kubur panjang.
Selepas mendapat keputusan stpm aku mendapat tawaran bagi
menyambung pelajaran aku di ijazah di universiti utara malaysia (uum) dalam ijazah
sarjana muda pengurusan operasi pada tahun 2012. Dan sekarang berada di tahun
akhir dan akan menamatkan pengajian aku pada tahun 2016. Bagi aku ia bukanlah
berapa banyak kita ada, tetapi berapa banyak yang kita nikmati, itulah yang
memberi kebahagiaan. Jadi duduk dan menikmati, buat apa yang anda mahu selagi anda
tidak menyimpang dari jalan yang benar.
No comments:
Post a Comment